Jom Tanam Malberi!

widget
widgeo.net
Bersama Manfaatkan Laman Sekangkang Kera. Berbakti Kepada Tanah. Bersama Hijaukan Bumi.

Rabu, 8 Jun 2011

ANAK BENIH MALBERI UNTUK DIPOS/JUALAN KE SELURUH MALAYSIA.

PENYEDIAAN ANAK BENIH POKOK MALBERI



















ANAK BENIH POKOK MALBERI
boleh diperolehi dalam bentuk;
(1) Pokok dalam polibeg. (dibeli di lokasi/nurseri kami/anda datang sendiri).
(2) Proses tut daripada pokok induk. (boleh dipos ke alamat kediaman anda).
(3) Keratan batang sahaja. (anda perlu semai sendiri/di pos ke alamat anda).


HARGA TERKINI :UNTUK TEMPOH PROMOSI SAHAJA!!! ....sehingga Julai 2011.
(1) DALAM POLIBEG/PASU : RM15.00 (lebih kurang tinggi 2 kaki).
(2) ANAK TUT :RM10.00 (panjang 1.5 kaki).
(3) KERATAN BATANG SAHAJA :RM5.00 (panjang 1 kaki).

HARGA BIASA:

(1) DALAM POLIBEG : RM18.00
(2) ANAK TUT : RM13.00
(3) KERATAN BATANG SAHAJA : RM6.00

TEMPAHAN? CALL/SMS dan BAYAR MELALUI AKAUN BANK/MAYBANK2U:
Klik di sini> http://www.maybank2u.com.my/

AKAUN MAYBANK
ANUAR BIN MAT 153010103679

pastikan anda maklumkan dan alamat anda tepat bagi tujuan pengeposan.

Isnin, 3 Januari 2011





pokok malberi selepas 1 bulan. Yang hebatnya pokok ini, jika ditanam ia memang cepat berbuah, kadangkala daun(tunas) keluar bersama buah yang sulung.



Malberi juga mempunyai batang yang boleh dilentur, sesuai untuk dibuat hiasan berseni di hadapan rumah atau taman permainan. batangnya tidak mudah patah.


Visi: 1 Halaman 1 Pokok MALBERI... kini anak benih pokok(polibeg)/ keratan batang Sedia untuk Jual/Ditempah. Hubungi (Call/SMS) En.Anuar 09-7985900/ 013-9791736/ 017-9844869 untuk Maklumat& Tempahan.

Pokok Malberi (Mulberry) : Khasiat & Hiasan



KELEBIHAN MALBERI:
Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.

Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama dau
nnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain.

Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban. Kuatkan sistem cerna dan serapan Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

Disebabkan banyak khasiatnya, maka jus Mulberry telah dihasilkan secara komersial sebagai makanan kesihatan dan amat popular di China, Jepun dan Korea. Bukan itu sahaja, buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juka mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberi bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan. Buah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin.

Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki Daun Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.

Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai unat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

Akar pokok Mulberry boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Pokok Mulberi juga amat sesuai dijadikan sebagai pokok hiasan menghiasi taman, pejabat, halaman rumah atau ditanam di dalam pasu bunga. Daunnya menghijau beserta buah yang merah dan kehitaman apabila masak tambah menyerikan pemandangan.

Para penternak haiwan digalakkan menanam pokok mulberi kerana daunnya amat berkhasiat untuk dijadikan makanan haiwan seperti lembu, kambing, biri-biri, malahan binatang peliharaan seperti arnab. Duannya yang kaya dengan sumber protein akan menyumbang kepada kesihatan haiwan yang dipelihara/ternak. mengikut sumber internet, pokok ini pernah dibawa dari luar negara ke Malaysia, iaitu ke negeri Terengganu bagi tujuan pembiakan/makanan kepada ulat sutera.